24hb Februari nanti. Panggung Caldecott bakal digegarkan lagi dengan kemunculan PP9. Kecoh betul Suria dengan paparan pelbagai gimik dan iklan bagi menarik perhatian bara penontonnya untuk sama-sama menjayakan majlis itu nanti. Sebagai penonton, memang sepatutnya kita sokong majlis-majlis sebegini yang sebenarnya menaikkan status para penggiat seni tempatan ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Memang betul belum boleh kita samakan dengan pencalonan-pencalonan bagi Oscars dan Guild Awards. Tetapi, sekurang-kurangnya, sesetengah barisan artis yang telah dicalonkan memang berhak berasa bangga kerana mampu berdiri sama tinggi dengan artis-artis seberang tambak. Namun, seperti PP yang pernah dianjurkan pada tahun-tahun yang lepas, PP9 ini tidak boleh lari dari kontroversi-kontroversi hangat lagi merimaskan. Aku pun tak ingin menyentuh hal yang mungkin boleh menyebabkan aku disaman jadi kali ini aku pulak nak duduk di kerusi pengadil dan menilai sejauh mana para artis dan penggiat-penggiat seni wajar menjunjung takhta masing-masing. PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM WATAK UTAMA Aaron Aziz [Garisan Takdir-IMO Productions] Rafaat Hamzah [Dian 3-ReAct] Adi Putera [Mengapa Tiada Maaf-Eaglevision Productions] Osman Sulaiman [Cinta Q-Eaglevision Productions] Rafaat Hamzah [Dimensi Ke-4-Eaglevision Productions]
Pilihan AndarieL - Rafaat Hamzah [Dian 3-React] Lakonan Rafaat memang mantap dalam siri Dian 3 kali ini. Mungkin apa yang dilakonkan merupakan paparan realiti dilemma yang dihadapinya? Sebab itu berkesan sangat. Suara dia, emo dia yang meluap-luap membakar kaca TV aku. Entah. Tapi aku betul-betul suka. PELAKON WANITA TERBAIK DALAM WATAK UTAMA Ariati Tyeb Papar [Dimensi Ke-4-Eaglevision Productions] Era Farida [Dimensi Ke-4-Eaglevision Productions] Nurul Aini [Cinta Q-Eaglevision Productions] Seri Wahyuni Jaes [Hanyut-Menagih Dakapan Screenbox] Nurul Aini [Garisan Takdir-IMO Productions]
Pilihan AndarieL - Seri Wahyuni Jaes Aku rasa mungkin senang sikit nak jiwai watak-watak emo bermasalah. Atau mungkin aku yang emo dan suka tengok lakonan-lakonan emo orang lain. Apa pun, aku yakin Kak Seri angkat trofi tahun ni. Nurul Aini aku tengok mantap sikit tapi belum cukup nak saingi kematangan Kak Seri. Era Farida oklah jugak. Tapi aku lebih suka tengok Cik Sal pegang watak-watak bermasalah. Macam sesuai gitu. PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM WATAK PEMBANTU Azhar Nor Lesta [Cinta Q- Eaglevision Productions] Khairudin Samsudin [Hanyut – Menagih Dakapan-Screenbox] Nick Mikhail [Erlin Montel-Eaglevision Productions] Rahman Rahim [Cinta Q-Eaglevision Productions] Suzairhe Sumari [Cinta Q-Eaglevision Productions]
Pilihan AndarieL : Khairudin Samsudin Kematangan Khairudin dalam melakonkan wataknya itu memang sukar nak ditandingi walaupun dia bersaing dengan pak-pak mapan seperti Azhar dan Rahman. Dan kali ini watak yang dipegang Suzairhe semacam tidak membantunya menonjolkan potensinya secara maksima. PELAKON WANITA TERBAIK DALAM WATAK PEMBANTU Farida Yusof [Garisan Takdir-IMO Productions] Fizah Nizam [Cinta Q-Eaglevision Productions] Jainon Pari [Cinta Q-Eaglevision Productions] Mastura Ahmad [Dimensi Ke-4-Eaglevision Productions] Rahimah Yusof [Sampul Surat Untuk Semua-Eaglevision Productions]
Pilihan AndarieL : Mastura Ahmad Senang sahaja aku buat pilihan aku ni. Watak apa pun yang dipegangnya, mesti menjadi. Tulah dia Kak Mas. |