Selepas jam 8 malam. Setelah bermaafan dan bersalaman. Melangkah keluar dari rumahnya. Aku dapati.. [Andariel-Monolog] Mana kasut aku? Eh, biar betul ni, kasut aku hilang? Memandang ke arah raut wajahnya yang nakal [Andariel-Monolog] Mungkin dia sembunyikan kot...Kalau dia sembunyikan, bila pulak dia carik chan? Memandang ke arah raut wajahnya sekali lagi [Andariel-Monolog] Tak mungkin ah. Apa hal dia nak sembunyikan kasut aku yang glamour tu? Kalau nak gurau, takkan sembunyikan kasut kot? Aku terus buat tak kisah dengan keadaan aku yang masih tidak berkasut. Mana boleh takde orang perasan. Tiba-tiba... [M] Ok lah, kita jalan dulu. [Andariel] Eh, nanti, nanti. Takkan ah nak jalan tak pakai kasut. [M] Lah...pakailah kasutnya. Apa lagi tunggu? (bengang) [Andariel] Kasut takde!! (tension) [CA] Lerr, mana boleh kasut hilang? Tadi kan ada? Letak kat mana kasutnya? [Andariel] Tepi ni, takde pun sorok kat hujung-hujung! (terus tension) Ada yang sembunyikan ke? [CA] Siapa yang nak sembunyikan kasut tu? Jadi kerja nak buat tu semua. [Andariel] Kalau tak sembunyikan, macam mana lak boleh hilang? (kelu) Semua bersungguh-sungguh ke hulu ke hilir meninjau-ninjau. Hampa. Lebih-lebih lagi aku. Kasut tu aku dah planning nak pakai gi PGL tau!! Sekarang dah hilang! Nak cakap baru takdelah jugak. Tapi masih berkilau. Masih cantik. Walau dalamnya dah rabak! Tu yang aku bengang. Nanti si pencuri kaprak tu tengok dah buruk, dia buang kasut aku tu. Kesian kasut!! Di manakah kau kasut?!! |