ANDARIEL IN LIFE

 
Calendar


Free Blog Content

Sizzling Now
Movie Giveaways
Screening Soon
Tubenatic

You Are Root Beer
Ultra sweet and innocent, you have a subtle complexity behind your sugary front. Children love you, but so do high end snobs... when you're brewed right. Your best soda compatibility match: Dr. Pepper Stay away from: Diet Coke
Quote Nudge

Black is me.

Sweet Delights
Shopper's Paradise
Sensasi

Berdasarkan Carta ERA FM

  1. Cinta - Amy Mastura
  2. Pastikan - Siti Nurhaliza
  3. Joget Lambak - Adam
  4. Farhana - Jinbara
  5. Rama-rama - Ella
  6. Izinku Pergi - Kaer
  7. Sembunyi - Misha/ Andy
  8. Ruang Rindu - Letto
  9. Melodi Ahlaan - Waheeda
  10. Memburu Impian - Kristal

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Chart Watch
Book Drop

Image Hosted by ImageShack.us

My Island Home

Rate Me on BlogHop.com!
the best pretty good okay pretty bad the worst help?

BUAL-BUAL SENDIRI
Saturday, September 09, 2006
BAB 1 - GODAAN
Ini dah masuk bulan Syaaban. Nisfu Syaaban baru berlalu. Buku perkiraan baik jahatnya aku dah terselak pada lembaran yang baru. Kalau dah Syaaban, maknanya Ramadhan bakal mengusung. Bulan umat. Bulan yang penuh berkat. Bulan pengampunan bagi umat yang menyahut seruan beribadat dengan penuh ketaqwaan. Apakan tidak. Setiap pahala yang diterima akan digandakan. Tanpa batasan. Cuma bergantung pada aku. Sama ada aku nak? Atau tak nak? Ini kekadang ada berat sikit. Entahlah. Nafsu aku waktu puasa ni betulnya kuat. Kalau bulan lain, tak tengok wayang; aku sikit tak kisah. Alih-alih bulan puasa, macam-macam filem keluar. Dahlah gitu, ada ajer yang offer belanja. Kalau siang tengok, takut iman aku digugat. Maksud aku; HOLLYWOOD. Faham-faham jerlah kan. Kalau tak wayang, banyak pulak dol yang ajak keluar malam. Adoi. Kalau bulan-bulan tak puasa, semua step sibuk. Alih-alih kalau aku niat nak terawih jer ada ajer yang mengacau.
BAB 2 - PERSEDIAAN [PRA-RAMADHAN 1]
Aku cerita pasal aku jer. Takde pasal orang lain. Aku jer yang bermasalah bila Ramadhan bertandang. Sekarang ni aku tengah semput nak lunaskan hutang puasa aku. Eh, aku wanita tulen. Mesti ada kelepasan bulan Ramadhan. Tapi aku gagahkan diri aku bayar balik puasa tu. Tanggungjawab! Ada pulak yang aku dengar buat bengap jer kalau bual pasal nak bayar puasa. Yang ada pulak bual pasal fidyah. Apa kebenda nak bayar fidyah pulak? Dah bayar fidyah tu, bukan bererti hutang puasa langsai. Tulah, masjid bertepek anjurkan kelas Fardhu'ain, tak nak belajar. Dah tu, bila cakap pasal undang-undang agama, semua alih-alih macam dah terima PHD dalam Pengajian Islam. Mengarut! Kalau PHD [Piala Hang Dungu] aku boleh percaya ah...
BAB 3 - PERSEDIAAN [PRA-RAMADHAN 2]
Aku dengar-dengar khemah-khemah bagi Bazar Ramadhan pat Geylang Serai dah tersergam. Berderet-deret sepanjang Joo Chiat Road, Haig Road; macam-macam road lagi lah. Aik, kecoh betul buat persiapan. Siapa yang siapkan siapa ni? Para peniaga; yang kecil dan yang besar; peniaga tahunan atau bulanan; semua dah atur pelan. Macam nak perang aku rasa. Aku tengok iklan pat TV; "JUALAN MURAH SEMPENA AIDILFITRI"; Boleh loya tekak. Aku bukan nak bongkak. Atau nak tunjuk alim. Tapi takkanlah kita nak termakan dengan iklan-iklan macam gitu. Sampai kita lupa sebab sebenar kita berpuasa. Kita berpuasa BUKAN pasal nak raya; tapi kita BERAYA kerana berjaya berpuasa. Ramai yang dah sibuk mulakan persiapan. Yang nak tempah baju raya; dah tempah dah. Siap pergi Johor ngan Batam lagi. Yang mahukan kuih-muih penuh satu meja pun dah buat tempahan. Sekarang tukang masak/kek/kuih dah tak ambil tempahan lagi. Yang bercadang mengubah imej rumah dah pasang kontraktor ubah elok. Yang lain pulak sibuk congak-congak bajet. Tapi yang peliknya, bila orang seru bayar zakat, alih-alih bajet lari lak. Nisab tinggi sangat lah. Leceh lah. Tak tau kena bayar lah. Alasan-alasan yang kreatif semua timbul. Aku naik bingit bila ada orang sebut pasal persediaan raya ni. Too much. They've gone too far!
BAB 4 - BULAN PUASA [Members]
Memang ada lagi 2 minggu sebelum aku dan yang lain-lain mula puasa. Aku ghairah. Maklumlah, bulan puasa sekali setahun. Entah jumpa lagi ke tak bulan ni tahun depan. Tapi, tiba bab puasa ni, ada kenalan aku yang pandang enteng. Macam tak kisah sangat. Aku tahu ada dua tiga jugak kawan yang buat muka sardin hisap rokok bulan puasa. Muak aku tengok. Nak tegur, diorang members aku waktu madrasah dulu. Ada lak yang step sakit bulan puasa. Asal aku tanya jer; "Taklah, aku gastric!" Aik buddy, bila lak gastric melanda? Ada yang cakap migrain, stomach ulcer, low-sugar level, low blood count, macam-macam ah. Angin monsoon mesti melanda kalau kena puasa. Tapi kalau bab berbuka puasa; dia yang reserve tempat sana, book restoran sini, cop kerusi pat Haig Road. Adoi. Dia mabuk kaper? Benci!
BAB 5 - BULAN PUASA [PUBLIC]
Aku suka perhati telatah orang bila bulan R. Macam-macam kerenah. Pernah aku ronda Geylang bulan puasa. Jam 2:30 petang. Panas memang panas. Aku jalan nak masuk berteduh pat Pusat Makan Haig Road. Terpempan aku! Di hadapan aku satu keluarga, bapak, mak dan 2 anak tengah menghirup-hirup sup TomYam dan sedut-sedut air tebu. Muka tak sikit tunjuk rasa malu. Eh, diorang ni comatose ke? Kalau si anak-anak yang makan minum, aku boleh terima. Takpelah. Kalau si Mak yang makan minum? Aku boleh terima. Mungkin it's that time of the month. Tapi kalau dah si BAPAK pun join sekali, aku rasa nak tumbuk dia punya muka! Si pegerai pun satu. Yang jual makanan pat diorang tu apa pasal? Bila aku jeling barangan yang diorang letak atas lantai; wah shopping sakan! Nampak kotak capal, bunga-bungaan, baju raya kanak-kanak; ada pulak botol-botol kuih. E eh, tak puasa tapi nak raya!
BAB 6 - LAGU RAYA + LAMPU KELAP KELIP
Belum seminggu puasa nanti, mesti ada orang yang dah sibuk mintak lagu raya di radio. Kata nak semarakkan semangat raya! SEMANGAT RAYA???? Apa dia dah hilang akal? Kalau bulan puasa jer, aku tak suka bila mak dengar stesen WARNA dan RIA. Sebab yang aku terangkan tadi tulah aku tak suka. Yang ada nak muat turun nada dering lagu raya. Sama jugak lah! Kalau tak sibukkan lagu raya, si kaum ADAM sibuk jadi TEMPORARY LIGHTS ENGINEER. Yelah, belum puasa dah sibuk beli-belah lampu laplip baru. Latest designs lah. Latest colours lah. Longer wires lah. RUBBISH! Hari pertama puasa lampu dah ON. Aku malu!
BAB 7 - TAWAF R
Ini mesti punya. Aku jarang lah. Maklumlah. Claustrophobic! Tapi kalau dua tiga kali tak buat tawaf R bulan puasa ni, tak menjadi raya nanti! Agaknya lah! Tahun ni tambah satu lagi tempat. KGelam. Aku tak pasal orang nak tawaf. Tapi tawaf tu biarlah senonoh sikit. Ini tawaf pakai tank tops. Hipsters. Mini skirts. Abih berbual tak jaga. Aku bingit! Diorang ingat cantik kaper? Ada jugak yang tawaf ni siangnya tak puasa, alih malam sibuk-sibuk pulak!
BAB 8 - MALAM RAYA
Memang malam ni sepatutnya syahdu. Sebaiknya, ustazah aku kata kita bermunajat, membaca Al-Quran, bertakbir dan bertahmid beramai-ramai. Maklumlah. Dah berjaya berpuasa sebulan. Ini tidak. Ada pulak, siang-siang dah rebus dan MAKAN ketupat! Jahil sangat ke kita ni? Dahlah gitu, malam raya dah jadi macam COUNTDOWN PARTY! Salam Lebaran di SURIA lain, rancangan di radio lain. Semua dah mabuk raya! Hilang nikmat puasa!
BAB 9 - PAGI RAYA
Tentu sekali, kaum ADAM yang membanjiri masjid-masjid di Singapura. Menunaikan solat sunat AidilFitri. Yang musykilnya, solat Subuh tak buat. Tapi sibuk nak kejarkan Solat Raya. Dei tambi! Kau ikut mazhab mana pulak? Lepas tu, ramai-ramai berarak ke Pusara Abadi. Nak ajak yang dah pergi enjoy sekali ke? Tak ke kau sedar yang sejurus selepas imam turun dari mimbar, mereka kembali menjalani seksaan kubur? Kamu di atas membedal ketupat dan rendang. Girang bergambar di tanah perkuburan. Yang di bawah? Dibedal kerana gagal mendidik anak cucu melakukan yang betul di pagi RAYA.
BAB 10 - MUHASABAH DIRI
Aku harap aku jadi orang yang lebih baik bulan puasa ni. Tak termakan nafsu dunia. Aku nak dapat berkat bulan puasa. Dan aku harap members aku di luar sana kongsi harapan aku. Kita umat alaf baru. Takkan asyik duduk di takuk lama! Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!
posted by andariel @ 7:51 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Time

Image Hosted by ImageShack.us

Local Scene

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Cereka Maya

Image Hosted by ImageShack.us

Click-A-Link
Curtains Up
Grab-A-Show
Media Reel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Web Fun
Globablog
Blogger Friends
Previous Post
Archives

Hit

Free Counter
Hit Counter

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Rice Bowl Journals

Blogdup

Bloggapedia - Find It!

singapore blog directory

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers

Directory of Personal Blogs

blogoriffic.com

Blogarama - The Blog Directory

Personal Blogs - Blog Top Sites

Blog Directory & Search engine

Add to Technorati Favorites

© 2005 ANDARIEL IN LIFE Template by Isnaini Dot Com