ANDARIEL IN LIFE

 
Calendar


Free Blog Content

Sizzling Now
Movie Giveaways
Screening Soon
Tubenatic

You Are Root Beer
Ultra sweet and innocent, you have a subtle complexity behind your sugary front. Children love you, but so do high end snobs... when you're brewed right. Your best soda compatibility match: Dr. Pepper Stay away from: Diet Coke
Quote Nudge

Black is me.

Sweet Delights
Shopper's Paradise
Sensasi

Berdasarkan Carta ERA FM

  1. Cinta - Amy Mastura
  2. Pastikan - Siti Nurhaliza
  3. Joget Lambak - Adam
  4. Farhana - Jinbara
  5. Rama-rama - Ella
  6. Izinku Pergi - Kaer
  7. Sembunyi - Misha/ Andy
  8. Ruang Rindu - Letto
  9. Melodi Ahlaan - Waheeda
  10. Memburu Impian - Kristal

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Chart Watch
Book Drop

Image Hosted by ImageShack.us

My Island Home

Rate Me on BlogHop.com!
the best pretty good okay pretty bad the worst help?

Bahasa Melayu? What the...?!
Tuesday, December 26, 2006
"Keluarga Melayu Singapura yang berbahasa Inggeris di rumah menampakkan suatu peningkatan seganda - daripada 7.9 peratus (tahun 2000) kepada 13 peratus tahun lalu (tahun 2005)."
Mungkin ada yang merumuskan bahawa peningkatan ini menggambarkan sikap masyarakat Melayu yang semakin galak mengikut arus perubahan setempat dan sejagat yang terus menempatkan bahasa Inggeris pada aras yang tinggi. Jika dilihat dari sudut itu, memang sah peningkatan itu terasa seperti perubahan yang positif. Penekanan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan terhadap penguasaan bahasa Inggeris yang baik memang tidak boleh dipandang remeh. Bahasa Inggeris sebagai wadah universal yang membolehkan kebanyakan urusan dijalankan dengan licin seakan memaksa setiap lapisan masyarakat, khasnya rakyat Singapura untuk menguasai bahasa itu. Lantas, tidak lagi janggal jika kita terdengar sayup-sayup bahasa Inggeris digunakan di majlis-majlis keramaian, kelas-kelas agama di masjid-masjid dan sebagainya.
Namun, masyarakat tidak boleh memperkecil bahasa Melayu. Pandangan-pandangan negatif yang dilemparkan terhadap bahasa Melayu memang menjelekkan. Bayangkan seorang anak Melayu mengagung-agungkan bahasa asing dan menafikan keindahan bahasa sendiri. Bukankah ini suatu sikap yang memalukan, terutama sekali jika disaksikan mata-mata di sekeliling. Cuba bayangkan seorang yang dilahirkan dengan hidung yang pesek dan berkulit sawo matang, yang kemudiannya cuba menyembunyikan ciri-ciri itu di sebalik bedak yang tebal dan bertegas bahawa "Hidung pesek memalukan! Kulit sawo matang menjijikkan!" Hipokrit!
Pendedahan yang meluas terhadap bahasa Inggeris telah mengakibatkan masyarakat membentuk suatu pemikiran yang myopik. Bahasa Inggeris dengan segera dikaitkan dengan kemodenan. Bahasa Inggeris disatukan dengan pembangunan. Bahasa Inggeris dilihat sebagai sesuatu yang mampu memerdekakan pemikiran. Memang benar perindustrian telah dibawa ke rantau ini dengan bahasa Inggeris. Namun, bahasa Inggeris digunakan semata-mata kerana bahasa itu ialah bahasa pertuturan seharian mereka. Itu sebahagian daripada ciri-ciri yang membentuk jati diri mereka.
Apa pula nasib kita jika bahasa yang menjadi identiti diri kita itu hilang? Bolehkah kita terus dipanggil orang-orang Melayu? Adakah Melayu bakal menjadi label bagi mereka yang berkulit sawo matang dan berhidung pesek? Tidak! Masyarakat Melayu kini tidak lagi memikirkan persoalan sedemikian. Kebanyakan mereka sekarang bangga kerana mampu bertutur dalam bahasa Inggeris. Mereka kini berbangga dengan gaya hidup moden yang sebenarnya diciplak dari aturan kehidupan masyarakat asing. Mereka kini mendendangkan lagu-lagu yang asalnya tidak menentu.
Tatatertib orang-orang Melayu? What the shit!
Bahasa Melayu? I'm sorry but I don't speak the language!
Kiranya, bahasa Melayu kini bak telur di hujung tanduk. Sekali ketis, jatuh dan bersepailah isi telur.
[Renungan AndarieL]
Aku bukanlah ingin menunjuk-nunjuk emosiku tentang perkara ini. Namun aku kian jelek dengan masyarakat Melayu di sekelilingku; baik yang muda mahupun yang tua yang sewenang-wenangnya mengetepikan bahasa yang aku cintai dan berlagak menuturkan bahasa Inggeris. Kebanyakan seolah-olah malu untuk mengaitkan diri mereka dengan apa sahaja yang ada kaitan dengan Melayu; budaya Melayu, bahan bacaan Melayu, tatasusila orang-orang Melayu juga diabaikan. Yang lucunya, budaya Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri, meraikan pernikahan dengan majlis besar-besaran dan budaya-budaya Melayu yang lain masih pula dijunjung. Bukankah Melayu tu kolot? Kenapa budayanya masih ingin diamalkan?
"Eh, mana boleh tak buat! Apa pulak people say nanti kan!"
posted by andariel @ 11:15 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Time

Image Hosted by ImageShack.us

Local Scene

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Cereka Maya

Image Hosted by ImageShack.us

Click-A-Link
Curtains Up
Grab-A-Show
Media Reel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Web Fun
Globablog
Blogger Friends
Previous Post
Archives

Hit

Free Counter
Hit Counter

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

Rice Bowl Journals

Blogdup

Bloggapedia - Find It!

singapore blog directory

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers

Directory of Personal Blogs

blogoriffic.com

Blogarama - The Blog Directory

Personal Blogs - Blog Top Sites

Blog Directory & Search engine

Add to Technorati Favorites

© 2005 ANDARIEL IN LIFE Template by Isnaini Dot Com